03 December 2012

Lagu melayu klasik

Entry ni ku taip sambil mata tgk Bintang P.Ramlee dan telinga layan lagu2 nostalgia allahyarham. Aku memang fanatik lagu klasik. Jangan la ketawa. Serius sket.. yup memang aku suka. Tak tipu. Hahaha.. lawak kan. Ortodoks sangat. Macamana aku boleh minat? Dah emak aku suka nyanyi lagu klasik. Dulu2 sblm ku n adik2 tido mak suka nyanyi lagu Ahmad Jais, ARamlie, PRamlee, semua2 la..sampai skrg mak aku nyanyi lagu tu. Time tidokan cucu dia , mak akan nyanyi lagu bulan la, bunga la, mentari, angin, lautan, rindu hahahah...sampai Hayfa dah hafal lagu nenek dia. Wakakaka..balik je kampung suh nenek nyanyi lagu oh bulan.. hahaha.budak itu,cepat betul menangkap dalam kepalanya.

Lagu klasik lama2 ni lirik dia sangat mudah. Tak lari dari unsur alam . Indah tersusun kata2.. so nak ingat pun mudah. Irama dia syahdu. Tak caya try dgr kat youtube lagu Lemak Manis.. dengar irama dia ..aduhh sape2 yg tgh bercinta, memang layan la.. atau try jugak dengar lagu Bunga Ros. Dengar mcmana penyanyi dan penulis lirik memuji keindahan wanita dalam lagu tu. Ermm...jatuh hati tau.

Dengar jugak dkt youtube lagu2 lama milik Allahyarham Dato' Ahmad Jais..harapan kecewa..kalau tgh frust ermm memang tambah merana dibuat lagu tu. Huhuhu .

Sampai skrg aku cukup senang menerima lagu melayu klasik sebagai halwa telinga aku..tapi lagu moden skrg pun xde masalah pun pada aku.Asal sedap semua ku layan.

posted from Bloggeroid

1 comment:

  1. Tak susah mencari lagu- lagu P. Ramlee di Internet. Di Youtube juga banyak video- video lagu beliau.

    ReplyDelete